Doa dan Lagu Sekolah

Doa Sekolah

Bismillahirahmanirahim
Ya Allah,
Wahai Tuhan Kami
Kami panjatkan kepada Engkau Ya Allah
Dengan limpah rahmat Engkau Ya Allah kami masih diberi peluang
Menjalankan tugas-tugas kami.
Ya Satar Ya Alim
Kurniakanlah kepada kami kefahaman sebagaimana
Kefahaman para Nabi
Ingatan sebagaimana ingatan para Rasul.
Ilham sebagaimana ilham para Malaikat yang hampir kepada Engkau.

Ya Rahman Ya Rahim
Curahkanlah ilmu kepada kami
Luaskanlah kefahaman kami
Permudahkanlah segala urusan kami
Dan sinarilah hati kami sebagaimana Engkau sinari bumi ini dengan MatahariMu.

Wahai Tuhan
Kami mohon perlindungan dengan Engkau
Dari sifat lemah dan malas,
Juga dari sifat bacul dan kedekut.
Dan kami berlindung dengan Engkau dari beban hutang dan penindasan.
Kurniakanlah kebaikan untuk kami semasa di dunia dan kebaikan di akhirat kelak. 
Jauhkanlah kami daripada azab api neraka.

Ya Allah, 
Kepada engkau kami sembah dan kepada Engkau kami mohon perlindungan. 
Dan segala puji bagi Engkau Tuhan sekelian alam.



Lagu Sekolah

BERILMU DAN BERSATU
Bersama kita mendukung cita
Menuju wawasan bangsa
Melangkah gagah dan perkasa
Mendukung cita Negara.
Chorus :
Majulah kawanku
Tajamkan fikiran kita
Berilmu bersatu
Amalan sekolah jaya
Bangga menjadi wargamu
SMK Kubang Kerian maju
Kualiti dan kejayaan
Cemerlang dan gemilang.
Lagu ini dicipta oleh En Mohd Yusri bin Yaacob
Lirik ditulis oleh En Zulkifli Bin Ismail.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment