Lencana dan Bendera Sekolah


Lencana sekolah berbentuk perisai, di dalamnya terdapat simbol-simbol seperti buku, obor, peralatan SRT dan radas sains.
PERALATAN
Perisai : Benteng mempertahankan anggota masyarakat SMKKK dari ancaman pengaruh negatif.
Obor : Sekolah sebagai tempat mendapatkan ilmu atau cahaya pendidikan.
Radas Sains : Mengutamakan sains dan teknologi.
Peralatan SRT : Kemahiran hidup.


WARNA
Putih : Kesucian, kesempurnaan dan kedamaian.
Kuning : Institusi beraja.
Merah : Keberanian, kegigihan dan keteguhan.
Biru : Kerjasama, perpaduan dan muhibbah.


Salah satu keistimewaan SMKKK, ialah mempunyai benderanya sendiri sebagai identitinya. Bendera ini dicipta sejak sekolah ini diasaskan. Bendera SMKKK berlatarbelakangkan tanah warna biru dengan di penjuru atas kanan bendera terletak logo sekolah. Bendera ini direntangi oleh 3 jalur antara penjuru kiri sebelah atas dan penjuru kanan sebelah bawah yang berwarna kuning, merah dan putih. Susunan jalurnya, kuning di sebelah atas, merah di tengah dan putih di bawah. Jalur-jalur ini melambangkan 3 pihak yang menentukan kemajuan SMKKK sendiri iaitu pihak pengurusan (guru dan kakitangan) pelajar-pelajar dan ibu bapa.
Saiz Bendera
Panjang : 6 KAKI
Lebar : 2 KAKI
Lebar jalur : 5 CM

Warna Bendera
Putih : Kesucian, kesempurnaan dan kedamaian
Kuning : Institusi Beraja
Merah : Keberanian, kegigihan dan keteguhan.
Biru : Kerjasama, perpaduan dan muhibbah.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a comment