Moto Sekolah

"PELAJARAN KUNCI KEJAYAAN "
SMKKK memilih moto kata yang berbunyi "Pelajaran Kunci Kejayaan". Moto ini memberi paparan hasrat dan cita-cita sekolah dalam memberi ilmu kepada pelajar-pelajarnya. Diharapkan semua pelajar akan berjaya dalam kerjaya masing-masing sama ada untuk dirinya, bangsa, agama dan negara apabila tamat pelajaran mereka di SMKKK.
Sebenarnya PELAJARANyang terpapar pada moto kata tersebut mempunyai pengertian yang luas, bukan setakat ilmu pengetahuan, tetapi mencakupi nilai-nilai akhlak, permainan, sukan, kegiatan berkumpulan dan apa sahaja yang diperlukan untuk mendidik para pelajar agar menjadi warga Negara yang intelek dan bertanggungjawab. Tegasnya ini akan memenuhi matlamat Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek(JERI) dalam Falsafah Pendidikan Negara.
Perkataan KUNCI memberi pengertian sebagai suatu alat yang digunakan untuk mencapai sesuatu kejayaan dan keimanan. Jadi jelaslah bahawa perkataan kunci memberi pengertian sesuatu alat, formula atau petua untuk mencapai kejayaan dan keimanan.
KEJAYAAN pula membawa maksud pencapaian atau hasil yang diperolehi oleh semua warga SMKKK sama ada pelajar atau guru. Tiada apa yang hendak diperolehi dalam sesuatu usaha melainkan kejayaan cemerlang dalam bidang yang diceburi.
Secara umumnya moto PELAJARAN KUNCI KEJAYAAN boleh ditafsirkan sebagai sesuatu yang dipelajari atau ilmu yang diperolehi akan menjadi satu formula yang berguna untuk membantu para pelajar menempa kejayaan sama ada dunia atau akhirat.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a comment