Piagam Pelanggan

Kami warga Smk Kubang Kerian, dengan penuh tekad dan iltizam, berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh usaha dan tenaga kami untuk:
Pelajar
1.Memastikan semua pelajar menerima pengajaran dan pembelajaran (P&P) mengikut masa yang diperuntukkan.
2. Semua pelajar akan dilayan dengan adil tanpa mengira kaum dan agama.
3. Memastikan kebajikan dan keselamatan pelajar diutamakan.
4. Memastikan semua kerja pelajar akan disemak dengan teliti dalam jangkamasa dua (2) hari selepas diberi.
5. Bantuan yang disalurkan oleh kerajaan akan diberikan kepada pelajar yang layak dan digunakan secara bermanfaat.
6. Semua pelajar akan dilayan secara mesra apabila berurusan dengan kaunter pejabat sekolah.
7. Maklumat berkaitan disiplin pelajar sentiasa sulit untuk didedahkan.

Ibu Bapa Dan Pelawat
1. Memastikan ibubapa dan pihak berurusan dengan kami dilayan dengen mesra, cepat dan memuaskan hati.
2. Memastikan aduan daripada ibubapa/penjaga akan mendapat perhatian dan tindakan segera.
3. Memastikan ibubapa/penjaga mendapat maklumat terkini pencapaian anak-anak mereka secara online.
4. Memastikan permohonan pengeluaran dokumen-dokumen seperti surat akaun pelajar(testimonial), surat berhenti sekolah, surat pertukaran dan sijil-sijil kokurikulum siap tidak melebihi 2 hari.

Guru Dan Staf
1. Memastikan pengagihan waktu mengajar yang seimbang mengikut opsyen.
2. Memastikan agihan tugas diberi secara adil dan seimbang.
3. Memastikan setiap staf dan guru mendapat peluang latihan untuk mendapatkan kemahiran kendiri sekurang-kurangnya 2 kali setahun.
4. Memastikan guru-guru dan staf sokongan yang baru bertugas menerima gaji dalam tempoh 3 bulan.
5. Rekod perkhidmatan guru dan staf dikemaskini dalam tempoh 3 hari selepas menerima maklumat perubahan.
6. Semua tuntutan perjalanan guru dan staf diproses dalam masa seminggu selepas borang dihantar.
7. Memastikan latihan dalam perkhidmatan guru (LADAP) diperolehi sekurang-kurangnya 7 hari setahun.

Pihak Berkepentingan
1. Memastikan laporan dihantar ke kementerian, jpn dan ppd sebelum atau mengikut masa yang ditetapkan.
2. Memastikan segala urusan surat menyurat dengan ppd, jpn atau kementerian berbalas dalam tempoh 7 hari.
3. Semua maklumat dan pesanan melalui telefon, SMS, email akan disampai dan diambil tindakan segera.
4. Layanan diberi dengan menggunakan bahasa kebangsaan yang betul, tertib dan sopan
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a comment