LAWATAN PENANDA ARAS PSS DI SMK KUBANG KERIAN 1 DAN SMK TENDONG BERSAMA GURU PSS SMK PUTERI SADONG DAN SK KG CHAP

Buat julung kalinya PKG Kg Chap mengatur lawatan penanda aras PSS, bagi memenuhi keperluan pelanggan dari SMK Puteri Sadong(SMKPS) dan SK Kg Chap. 

Untuk pengetahuan, tahun ini PSS SMKPS dicalonkan ke pertandingan peringkat negeri katogeri luar bandar yang akan di buat penilaian pada awal Februari ini. Dalam usaha memantapkan persediaan PSS mereka, SMKPS telah memohon dari PKG untuk membuat lawatan ke PSS Cemerlang. PKG Kg Chap mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pengetua dan pihak pengurusan SMK Kubang Kerian 1 dan SMK Tendong yang mengizinkan kami membuat lawatan ke PSS mereka. 

Dalam lawatan ini pelbagai ilmu dan pengalaman telah di timba oleh kami dan para guru terlibat. Sekalung tahniah buat GPM kedua-dua sekolah iaitu Pn. Ezlina Ezura(SMK KK1) dan Pn Siti(SMKT). Anda berdua sememangnya "iron lady" begitu juga AJK PSS masing-masing. 

Bersama ini disertakan gambar lawatan kami. Gambar penuh sila hubungi saya di PKG @ sesetengahnya boleh didownload di facebook saya (nidaruz zuradin). Saya berharap satu hari saya dapat membawa semua guru-guru GPM di kelompok ini untuk membuat lawatan penanda sebagimana hari ini. InsyaAllah.
Share on Google Plus

About Cikgu Kamal Azrul

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment