Sukacita dimaklumkan, YBhg. Tn. Hj. Jaafar bin Ismail, Pengarah Pendidikan Kelantan mula bersara wajib pada 4 Oktober 2017.
Sehubungan itu, Jabatan mengucapkan jutaan terima kasih kepada beliau di atas jasa baik dan sumbangan bakti yang telah diberikan kepada Jabatan sepanjang beliau berkhidmat di bawah lembayung Kementerian Pendidikan Malaysia.
Semoga ukhwah yang terjalin berkekalan selamanya.
Jauh kembara hingga ke Sabah
Singgah sekejab di Pulau Meranti
Sayu hati terpaksa berpisah
Ukhwah dijalin tersimpan di hati.
Lebat berbuah si buah delima,
Masak sebiji di balik daun;
Budi tuan kami terima,
Jadi kenangan bertahun-tahun
Di pagi hari menyiram pegaga,
Tersiram jua si pohon keladi;
Jasa tuan tidak terhingga,
Sumbang bakti kekal abadi.
Sekian. Terima Kasih.
0 comments:
Post a Comment