Video pendek berdurasi lima minit itu adalah ciptaan tiga pelajar tingkatan dua sekolah tersebut yang diketuai oleh Raja Adam Ahmad Raja Iskandar dan dibantu oleh dua rakannya, Da­niel Iman Shahridza dan Muhamad Syakawi Sakri.
Raja Adam berkata, cerita animasi yang bertajuk ‘Rain’ itu diins­pirasikan daripada video ciptaan pelajar-pelajar sebuah universiti di Jepun.
“Video ini mengambil masa dua minggu untuk disiapkan dan kami hanya menerima bantuan teknikal daripada dua orang Wan Azrina Mohd. Zuki dan Maz­li­zainab Nawi.
“Kami tidak menyangka diumumkan sebagai johan pertan­dingan ini dan kemenangan ini memberikan semangat kepada untuk terus mendalami bidang ini.
“Saya dan kawan-kawan juga mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah kerana memberikan peluang kepada kami,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini semalam.
Sementara itu, Pengetua sekolah itu, Raub Tengah berkata, kejayaan tersebut telah mengharumkan nama sekolah tersebut di peringkat kebangsaan.
Katanya, ketiga-tiga pelajar itu membuktikan bahawa mereka yang berada di sekolah harian biasa mampu untuk mencipta kejayaan ‘luar biasa’.
“Kami amat berbangga de­ngan kejayaan ini dan pelajar-pelajar ini membuktikan bahawa status sekolah bukan alasan untuk mencipta kejayaan.
“Seluruh warga pendidik di se­kolah ini berusaha keras bagi memastikan anak-anak ini dapat mencipta kejayaan di masa depan dan sebelum ini, kita juga pernah memenangi Pertandingan Pusat Sumber Terbaik Peringkat Kebangsaan pada 2008,” kata­nya.