KOTA BHARU - Satu sudut ‘Legasi Pengetua’ akan diwujudkan di pusat sumber Sekolah Menengah Kebangsaan Kubang Kerian (SMKKK) sebagai hadiah terakhir pengetuanya, Raub Tengah yang mula bersara semalam.
Sudut yang akan dipenuhi dengan bahan bacaan dan rujukan untuk guru-guru mahupun pelajar itu merupakan ilham Raub bagi memastikan ilmu yang dikongsi bersama warga sekolah itu diguna pakai sampai bila-bila.
“Saya akan penuhkan dengan buku-buku rujukan saya sepanjang tempoh 10 tahun saya berada di sekolah ini.
“Di antara bahan penting yang akan saya kongsi ialah bagaimana cara untuk jadi seorang guru mahupun pengetua cemerlang,” katanya, semalam.
Pada majlis persaraan tersebut, beliau turut menyampaikan ucapan terakhirnya di depan lebih 1,000 pelajar dan guru selain diraikan dengan memotong pulut semangat yang turut dihadiri Presiden Kelab Alumni SMKKK, Amran Ahmad.
Malah, beliau juga memberitahu, di antara aspek utama yang sentiasa dititik beratkan ialah perkongsian idea antara guru dan pengetua itu sendiri memberi peranan penting dalam melahirkan sesuatu yang baru dalam sesebuah sekolah.
“Kita sebagai pengetua, tidak boleh bekerja sendiri. Amat penting bagi saya kerjasama dengan guru-guru, kongsi idea dan cuba lakukan sesuatu yang baharu untuk membuahkan pelbagai kejayaan sama ada bidang akademik dan sebagainya.
“Saya juga suka mendengar idea daripada guru-guru supaya apa yang hendak kita lakukan dapat dihasilkan dengan baik.
“Guru-guru dan anak-anak di sekolah ini saya sudah anggap macam keluarga sendiri. 10 tahun itu cukup untuk saya memahami mereka,” katanya yang mula bertugas di SMKK pada 2007.
Mengulas pengalamannya mengemudi SMKKK, beliau memberitahu, setiap cabaran yang dilalui ‘dimaniskan’ dengan kesabaran dan semangat yang cekal untuk tidak mengalah.
“Kalau tanya saya pengalaman pahit, jawapan saya tidak ada. Sebab yang pahit itu, semuanya saya maniskan.
“Apa pun yang kita lakukan, pahit macam mana sekalipun, kalau kita bekerjasama, pahit itu akan manis dengan sendirinya.
Itulah kekuatan yang amat sukar untuk kita jumpa,” katanya. Raub juga memberitahu, walaupun sudah bersara, beliau sedia sepenuh masa untuk jadi rujukan pelajar mahupun guruguru dalam apa jua bidang
0 comments:
Post a Comment